Thursday, March 5, 2009

MASUM 2009

Glitter Words - http://www.sparklee.com

To all um rowers, please be prepared for the next MASUM!!!!
tarikh MASUM bagi sukan rowing adalah di antara 25 mei - 8 jun 2009..
so, hope you guys train hard for the victory of UM AVIRON....


FOR THOSE WHO ARE INTERESTED TO BE ONE OF THE UM ROWERS,
YOU ARE WELCOME....WE ARE LOOKING FOR AN ATHLETE FOR THE NEXT
MASUM 2009
IF YOU ARE INTERESTED,
PLEASE CONTACT:
FIRDAUS 0199292324
ILI 0129398310

varsity boat race 2008



masum 2008





masum 2007






masum 2007...
kenangan paling berharga buat rowers um...
kami telah memenangi 3 pingat emas, satu perak dan satu gangsa...
um aviron adalah antara penyumbang pingat emas terbanyak untuk universiti malaya dalam kejohanan MASUM 2007...hehehe..oops, terover puji atlet rowing um plak..huhuhu

RESULT:
men coxed four (gold)
women coxed four (gold)
women coxed eight (gold)
men coxless four (silver)
women coxless four (bronze)

SYABAS UM AVIRON!!!!

um usm regatta rowing 2007





um usm regatta rowing adalah boat race friendly di antara um dgn usm..event neh melibatkan students dan juga staf2, event neh adalah satu cara untuk mengeratkan hbngn antara um dan juga usm..antara event yg dipertandingkan adalah men coxed eight, women coxed eight, vip coxed eight, and vvip coxed eight...um telah menjadi juara keseluruhan dgn 3 emas...hehehe..gud job guys...tingkatkan usaha, rjn2 ler trening yer...

asean varsity boat race 2007





asean varsity boat race 2007 melabuhkan tirai dengan bergaya...hehehe..
um telah memenangi acara kemuncak varsity boat race, men 8+...wah..hyperbola la plak...hehehe...anyways, gud luck guys...truskan perjuangan um aviron tuk next event...

RESULTS:
-men single scull (silver)
-men coxed eight (gold)
-women coxed eight (silver)
-men coxless four (bronze)
-women coxless four (bronze)
-women coxed four (silver)

uniten 2007






uniten 2007..

gold medal
-men coxed four
-women coxed four
-women double scull

Wednesday, March 4, 2009

SEJARAH RINGKAS SUKAN ROWING

Sukan Rowing adalah satu jenis sukan antara yang tertua dalam sejarah manusia iaitu sejak zaman Greek purba lagi. Dalam bentuk modennya, ia mula berkembang di England pada abad ke lapan belas, di mana pendayung-pendayung bot penambang mula berlumba antara satu sama lain dalam satu-satu perlumbaan yang dianjurkan.
Pada tahun 1715 seorang pelawak berbangsa Irish, Thomas Doggett telah menghadiahkan persalinan dan lencana kepada pemenang perlumbaan sculling yang dianjurkan di Sungai Thames. Perlumbaan ini telah disaksikan oleh Raja England pada waktu tersebut iaitu King George I dan dengan itu bermulalah satu era sukan rowing zaman moden. Sejak tarikh itu, sukan rowing telah menjadi satu acara tahunan dan merupakan sukan tahunan yang tertua dianjurkan setiap tahun hingga hari ini.
Pada awal abad ke sembilan belas, sukan rowing telah mula diminati di kalangan penuntut-penuntut sekolah dan institusi pengajian tinggi. Jika dahulu ianya merupakan sukan bagi pendayung-pendayung bot penambang di Sungai Thames, pada tahun 1829 perlumbaan bot antara Universiti Oxford dan Universiti Cambridge telah dianjurkan. Sehingga kini sukan rowing antara Universiti Oxford dan Universiti Cambridge telah menjadi satu acara tahunan yang amat terkenal.
Pada satu ketika dahulu, sukan rowing hanya diceburi oleh golongan professional dan golongan atasan sebagai satu jenis rekreasi tetapi kini telah menjadi satu kegiatan sukan yang digemari dan disertai oleh semua orang di negara-negara barat. Sukan rowing adalah sejenis sukan yang mementingkan usaha-usaha bekerjasama dan bantu-membantu. Dengan gerakan mendayung yang serentak dan bertenaga sukan ini memberikan satu bentuk semangat kesetiakawanan yang tinggi bagi menentukan kejayaan pasukan.
Bermula pada tahun 1896, rowing telah mula dipertandingkan di sukan olimpik dan menjadi acara tetap yang dipertandingkan di setiap sukan olimpik. Pada masa ini, terdapat 14 acara yaang dipertandingkan dimana 8 acara untuk lelaki dan 6 acara untuk wanita. Acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :-
- "Single Scull" - Lelaki / Wanita
- "Double Scull" - Lelaki / Wanita
- "Lightweight Double Scull" - Lelaki / Wanita
- "Quadruple Scull" - Lelaki / Wanita
- "Coxless Pair" - Lelaki / Wanita
- "Coxless Four" - Lelaki
- "Lightweight Coxless Four" - Lelaki
- "Eight with coxswain" - Lelaki / Wanita
Bagi memastikan sukan rowing terus berkembang, kini Persekutuan Rowing Antarabangsa (FISA) telah memastikan sirkit Pertandingan Rowing Dunia diadakan dimana terdapat 4 peringkat sirkit diikuti Pertandingan Piala Dunia diadakan setiap tahun.
Ibu pejabat Persekutuan Rowing Antarabangsa kini terletak di Lucerne, Switzerland di mana terletaknya pejabat Pengarah Eksekutif serta Presiden Persekutuan Rowing Antarabangsa


PENGENALAN SUKAN ROWING DI MALAYSIA

Pada tahun 1990 satu Mesyuarat Jemaah kabinet telah memutuskan Sukan Rowing akan diperkenalkan dan diperkembangkan di negara ini. Kerajaan berkeyakinan Sukan Rowing akan boleh mendidik rakyat untuk lebih bersemangat waja, bekerja keras dan semangat berpasukan di dalam mencapai sesuatu yang dicita-citakan. Elemen tersebut adalah penting terutamanya di dalam usaha untuk mewujudkan sebuah negara maju.
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah mengesyorkan agar Sukan Rowing ini, sebagai permulaannya diperkenalkan kepada penuntut Pusat Pengajian Tinggi yang ada di negara ini. Hasrat ini adalah kerana mahasiswa dan mahasiswi adalah bakal penyambung pimpinan dan korporat negara di masa akan datang. Sebagai memenuhi wawasan Yang amat Berhormat Perdana Menteri itu, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia mula merancang dan melaksanakan beberapa program Sukan Rowing khususnya untuk mahasiswa dan mahasiswi universiti-universiti tempatan.
Beberapa siri kursus kejurulatihan dan kepegawaian serta Kursus Asas Sukan Rowing telah diadakan disekitar Ibukota Kuala Lumpur. Seramai 2,000 orang mahasiswa dan mahasiswi dari semua universiti telah mengikuti program-rogram yang telah dilaksanakan sejah tahun 1990 dengan harapan Sukan Rowing akan dikembangkan kepada segenap lapisan rakyat negara ini apabila rancangan pembinaan Pusat Rekreasi Sukan Air Kebangsaan (PURSAK) di Empangan Batu, Gombak, Selangor Darul Ehsan yang sepatutnya siap pada tahun 1995 terlaksana.
Malangnya sehinga kini masih tiada apa-apa perkembangan ke atas rancangan pembinaan Pusat Rekreasi Sukan Air Kebangsaan yang telah dihebohkan pada tahun 1991 yang mana dikatakan pembinaannya akan sempurna dilaksanakan pada tahun 1995 ini. Walaubagaimanapun Persatuan Mendayung Malaysia tetap berusaha melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk membangunkan Sukan Rowing di negara ini. Beberapa kursus dan program telah dirancangkan dan dijalankan samada di Empangan Batu sendiri, Kompleks Sukan Air Tronoh (Perak), Empangan Durian Tunggal (Melaka), Empangan Jajar, Besut (Terengganu) dan juga Tasik Kenyir, Terengganu.
Pada tahun Ogos 2000, Rowing telah terpilih sebagai salah satu dari 32 sukan yang akan dipertandingkan pada Sukan SEA XXI, di Kuala Lumpur 2001. Sebanyak 8 acara yang telah dipertandingkan bagi peserta lelaki dan wanita. Acara-acara yang dipertandingkan adalah :-
- "Single Scull"
- "Lightweight Double Scull"
- "Coxless Pair"
- "Lightweight Coxless Four"
Sempena dengan penganjuran Sukan SEA XXI, Kuala Lumpur 2001 yang telah diadakan pada 10 - 13 September 2001, Persatuan Mendayung Malaysia telah berusaha agar kemudahan di Empangan Batu dapat dipertingkatkan dan akhirnya kini persatuan telah memiliki lapangan pertandingan "Albano System" serta 32 unit Bot Pertandingan peringkat antarabangsa.